Demikianlah Kisah Pemandu Teksi

Jika siang dia bekerja waktu pejabat, sebelah malam pula dia akan memandu teksi. Habis sahaja waktu pejabat dia terus menukar pakaian seragam. Sekurang-kurangnya dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, ada juga sedikit duit tepi.

Cerpen Kisah Pemandu Teksi
Sumber Gambar MyNewsHub

En. Amran melakukan dua kerja dalam satu masa semata-mata memenuhi keperluan keluarga tercinta. Keluar rumah waktu langit masih gelita, pulang rumah anak-anak pula sudah tertidur lena. Jarang sekali beliau dapat mendengar gelak tawa anak-anaknya, apatah lagi melihat senyuman si kecil itu.

Ada yang fikir hidup di bandar adalah mewah. Tapi hakikanya di kota ini gaji RM3000 pun masih dikira miskin. Rata-rata suami isteri terpaksa bekerja untuk menyara keluarga.

Waktu perayaan, orang lain mungkin beraya sakan. Tapi tidak bagi En. Amran.

“Ibu, mana abah?”

“Abah kerja nak…”

Terkebil-kebil mata anak kecil, melilau itu mencari kelibat ayahnya.  Lepas sembahyang raya terus lesap.

“Hari raya pun kerja ka?” Sambil menggaru kepala.

Isteri En. Amran ialah suri rumah sepenuh masa. Semenjak diserang penyakit lumpuh beberap tahun lalu, dia berhenti kerja dan membesarkan kedua-dua anak mereka. Sebelum itu mereka terpaksa menghantar ke taska dan pusat asuhan, harga satu kepala sahaja sudah mencecah RM400. Berpeluh dahi dibuatnya.

Waktu hari raya, orang lain bergegas pulang ke kampung. Tapi bagi En. Amran inilah peluangnya untuk mendapatkan duit lebih. Pengangkutan awam di kawasan sini banyak yang tergendala. Maka teksi satu-satunya pilihan yang ada. Lepas sahaja sembahyang raya, dia suda bergegas keluar.

“Akak kau ni, walaupun mulutnya jahatnya. Tapi dia suka… Maklum saja dapat duit lebih” Tambah En. Amran sambil tersengih.

Aku hanya mengangguk.

Mengimbas kembali sewaktu dia menghantar aku waktu pagi raya.

Masa bersilih ganti, perkhidmatan teksi bukan lagi seperti dulu. Sekarang sudah maju, ada aplikasi pintar seperti myTeksi. Semuanya dihujung jari, mencari penumpang juga tidaklah seperti dahulu lagi. Mencari jalan apatah lagi, gunakan saja GPS boleh sampai semua ceruk di kota ini.

“Alhamdulillah.”

baca juga : Teknologi Jadi Sasaran

Bagaimanapun, muncul pula cabaran baru bagi En. Amran. Mereka juga terpaksa bersaing dengan GrabCar dan UBER. Tidak perlu permit itu ini, hanya dengan ada kereta sendiri sudah boleh mengambil penumpang seperti teksi. Mendidih darah En. Amran bila aku bertanya tentang isu ini.

Maklum saja, untuk memandu teksi mereka perlu bajet itu ini, permit itu ini, insurance itu ini, peraturan apatah lagi. Itulah sebabnya aku masih masih memilih untuk naik teksi walaupun aku tahu ramai kawan-kawan yang memuji perkhidmatan UBER dan GrabCar.

Itupun belum kira lagi persaingan antara pemandu teksi. Ketika dalam perjalanan pulang dari kerja, waktu tengah malam. Tiba-tiba smartphoneku berdering.

“Hello! Ini Encik Suhimi ya?”

“Ya,”

“Saya da dekat depan dah,”

“Apa??! Dekat depan?” Aku terkejut.

Rupanya teksi yang aku naiki bukanlah teksi yang menerima tempahan aku, patut lah senyap sahaja. Akhirnya aku terpaksa menghubungi radiotaxi untuk membatalkan tempahan. Salah aku juga tidak semak nombor plat sebelum naik. Nasib baiklah teksi betul, kalau teksi hantu??

Tidak kurang juga ada pemandu teksi yang ditipu penumpang, sudah memandu jauh tiba-tiba penumpang tiada duit. Lepas itu minta simpati untuk tunggu dilobi, bila tunggu setengah jam batang hidung lansung tiada kelihatan. Pasrah.

Tapi tak dinafikan ada juga yang suka buat masalah. Sahaja gunakan jalan jauh untuk sampai ke destinasi, banyak trafik light dan bawa perlahan. Giliran aku punya geleng kepala. Aku pun bukannya orang kaya, kalau ada keperluan barulah naik teksi. Yang tak guna resit pun ada.

“Nah! Encik tulis la sendiri.”

Memang tak dinafikan ada yang membuat tuntutan palsu, tidak hairanlah jabatan mengeluarkan arahan resit ‘print’ untuk teksi kawasan lebih klang. Ikutkan hati mahu juga report dengan SPAD disebabkan perkhidmatan yang diberikan oleh pemandu tersebut terik, tapi lupa pula nombor plat kereta. Tidak apa, mungkin itu hari dia.

Kalau dulu, ada cara untuk mengatasi masalah driver teksi yang suka cilok sana sini dengan meter. Iaitu sistem kupon, tapi telah diarahkan mansuh oleh SPAD. Kadar dari stesen teksi telah dikira dengan tetap mengikut jarak, jadi tiada masalah pemandu teksi tipu meter ataupun risau kadar meter pada waktu puncak. Jalan Jem!

pemandu teksi putrajaya
Kredit Gambar :Berita Harian Online

Walau bagaimanapun, bukan semua pemandu teksi sebegitu. Masih ada yang baik dan ramai seperti En. Amran. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

[alert-note]Demikianlah hidup sebagai pemandu teksi, serba sedikit yang aku tahu. Apa yang aku tulis ialah sisi perbualan ku dengan mereka dan cuba untuk dibawakan dalam bentuk cerpen. Jangan tanya aku pasal En.Amran, dia tak wujud. Huhu.. [/alert-note]

 

 

16 thoughts on “Demikianlah Kisah Pemandu Teksi”

    1. Dari yang aku dengar macam tu la. Tapi kalau di Putrajaya & Cyberjaya pemandu teksi masih lumayan lagi nak cari makan. 2 -3 tahun lagi tak tau la. 🙂

    1. Ya, Kak. Harap-harap adalah yang sudi membela, kalau pun ada yang bermasalah. Takkan nak biarkan orang yang baik macam encik Amran, mereka pun nak hidup dan ada keluarga. 🙂

  1. RM3K x cukup utk hidup di kota langsung. Tapi I masih gemari panggil UBER setiap kali nak pergi mana-mana. Sbb pengalaman ngan teksi byk teruk terutama perangai mereka yg tidak ape dan x peduli.

  2. Susah nak cakap tapi itulah pengalaman menaiki teksi pun ada juga. Servis dan kebersihan dalam kereta pun perlu utamakan. Kalau dalaman kereta dan kurang selesa kena tukar/upgrade demi keselesaan pengguna.

  3. Perangai teksi juga penting. Ada ramai pemandu teksi perangai bukan baik sangat. Banyak kawan I yg takut untuk bercakap dengan mereka sebab takut dibelasah. Ha…..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.