Assalamu’alaikum… hari ini aku nak kongsi sikit tentang cara untuk menjadi seorang penulis yang baik. Pun begitu ini bukanlah bererti aku yang terbaik, hanya untuk berkongsikan satu dua patah dalam panduan menulis blog.
1. Niat :- niat menulis hendaklah ikhlas kerana Allah Subhana Wa Ta’ala kerana inilah yang menentukan sama ada sesuatu karya/artikel/penulisan itu menjadi ibadah ataupun sebaliknya. Sedangkan ibadah itu merupakan sebahagian daripada hidup seorang muslim.
2. Minat :- mestilah mempunyai minat dalam bidang penulisan. Di samping memiliki minat dalam bidang atau sesuatu isu yang hendak diutarakan atau dilontarkan, agar setiap penulisan ini memiliki jaganya yang tersendiri.
3. Sentiasa Menuntut Ilmu :- Hal ini kerana penulisan yang baik ialah penulisan yang sarat dengan ilmu. Persoalannnya, bagaimana seorang yang tidak berilmu mampu memberikan/berkongsikan ilmu? Oleh itu tuntutlah ilmu.
4. Banyak Membaca :- Seorang penulis yang baik juga merupakan seorang pembaca yang baik. Di mana melalui pembacaan kita mampu untuk meningkat kemahiran menulis, melalui pemerhatian dan penggunaan ayat. Semakin banyak bahan bacaan semakin tinggi peluang untuk memperbaiki mutu penulisan.
5. Sahih Rujukan :- setiap fakta yang dikemukakan hendaklah memiliki rujukan, terutama sekali fakta yang berkaitan dengan al-Qur’an dan Hadith. Hal ini kerana sebarang kesilapan boleh mewujudkan fitnah tanpa sengaja di dalam agama. Sahih rujukan juga boleh merai kepercayaan daripada pembaca.
6. Mengikuti Dunia Semasa :- mesti mengetahui isu semasa, agar isu yang diutarakan dapat disangkutpautkan dengan suasana persekitaran. Hal ini sekaligus memberikan contoh yang praktikal kepada sesuatu hasil penulisan.
7. Mengenali Pembaca :- Sebelum menulis sesuatu karya/penulisan mestilah mengenali pembacanya terlebih dahulu agar artikel yang dihasilkan sesuai dengan golongan sasaran. Sama ada dari segi pendidikan/sosial/politik/ekonomi dan agama itu sendiri.
Tiada jalan singkat dalam penulisan, melainkan perlukan kepada kesabaran untuk mencapai penulisan yang memberikan kesan.
* semoga dimanfaatkan
semuanya yeop mengikut syarat. kalau sekadar main kopi pasta pun tak guna jugak.
Kebiasaan copy paste ni xlah bnyk viewernya berbanding artikel sendiri yang boleh mendatangkan ramai pageview,tetapi jika berita itu penting maka kita boleh kreatifkan atau jika nak copy paste wajar saja kita beri backlink ia lebih berhemah kan hehe..
Pingback: Belajar Menulis Blog Dari Pengusaha Gerai Makan - Suhimi Nain