Ramadhan : Suasana More Di Kampung Ku

Sudah menjadi tradisi di kampung ku, Gentisan 2 ataupun lebih dikenali dengan nama Wak-wak setiap kali Ramadhan pasti ada majlis more. Itu kalau ikut bahasa luar, tapi kalau orang kampung di sini cakap Idar, sebab majlis ni mengikut giliran mereka yang menyertainya.

Selesai sahaja solat sunnat Tarawih semua yang berkunjung akan duduk beramai-ramai menikmati juadah yang disediakan. Tidak kira apa jenis hidangan pastinya diterima dengan baik, begitulah suasana di sini. Bagi kanak-kanak kecil inilah yang menghidupkan suasan Ramadhan bagi mereka. Ini mengingatkan aku masa dulu, makan itu menjadi agenda utama. Lepas tu main mercun ataupun meriam buluh… Hehe.. Namun, sekarang sudah berubah. Yang kedengaran hanya bunyi mercun sahaja, meriam buluh sudah lusuh ditelan masa.

Berbalik kepada more, inilah menjadi pengikat silaturahim antara penduduk kampung ini. Melalui ini yang jauh dapat didekatkan dan yang dekat dapat dirapatkan manakala kanak-kanak pula saling berkenalan, walaupun mereka tidak mengerti apa itu Ramadhan, Insya’Allah suasana sebegini akan menjadi pengikat hati-hati bagi mencintai Ramadhan.

Di sini sedikit tatapan gambar pada malam ke-7 Ramadhan.

Ramadhan : Suasana More Di Kampung Ku 1
Ramadhan : Suasana More Di Kampung Ku 2Ramadhan : Suasana More Di Kampung Ku 3Ramadhan : Suasana More Di Kampung Ku 4Ramadhan : Suasana More Di Kampung Ku 5

Selamat Berpuasa & Selamat Menikmati Ibadah…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.