Semoga Lebih Manis Dari Sebelumnya…

Apabila tiba bulan puasa, akan tersenyum lebarlah anak-anak kecil.

“Hari raya dah nak dekat kan abah?”
“Ya.”

Jawapnya. Apabila puasa di siang hari pelbagai gelagat yang akan dipamerkan. Teringat masa ku kecil-kecil dahulu, yang gembiranya sewaktu berbuka puasa. Pelbagai juadah yang hendak dirasa akhirnya termengah-mengah menjamu selera. Bila tiba Ramadhan semakin hamper, semakinlah meriah suasana hari raya. Mahukan baju baru, songkok baru dan selipar baru. Semuanya serba baru. Melihat ibu sibuk membuatkan kuih membuatkan hatiku tidak sabar untuk menunggu hari kemenangan itu, walaupun puasa kadang-kadang tak menentu.

Dewasa ini aku semakin terasa nikmat puasa yang sebenarnya, kupasan buku bertajuk ‘Nasihat Ramadhan Dari Orang-orang Soleh karya Sulthan Hadi oleh ustaz Anuar Ali, semasa usrah semalam benar-benar menarik hatiku. Ramadhan ini bulan yang sungguh istimewa, aku mula memandang Ramadhan dari perspektif yang berbeza.

Ia adalah bulan Ibadah, Bulan keampunan dan maghfirah dari Allah Subhana Wa Ta’ala. Do’a yang mustajab serta limpahan pahala yang berlipat kali ganda nilainya daripada bulan-bulan lain. Tidak sewajarnya kita lepaskan begitu sahaja, keampunan, keberkatan dan keredhaan dari Tuhan yang menciptakan segalanya. Sungguh balasannya syurga bagi yang berjaya.

Inilah University of Ramadhan, kata ustaz Anuar. Ia adalah bulan Tarbiyyah, apatah lagi bagi pejuang Islam. Mengimbas kembali para sahabat yang merindui dan bersedih atas pemergiannya. Bila tiba sahaja 15 Ramadhan, para sahabat akan menangisi bulan ini.

Kini, aku sekali lagi berada di dalam bulan ini. Terasa sungguh tenang rasanya, berbeza daripada bulan-bulan lain. Rahmat melimpah di seluruh dunia, dibukakan pintu-pintu syurga dan di tutup pintu-pintu neraka. Kurniaan yang sungguh tidak ternilai dalam kehidupan manusia, modal yang boleh melepaskan manusia daripada cengkaman api neraka. Puasa yang bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi turut melatih manusia untuk kembali kepada fitrah. Memiliki sifat ihsan*.

Di dalamnya terdapat pelbagai keistimewaan yang tiada pada bulan-bulan lain. Seperti solat Sunnat Tarawih dan Malam Lailatul Qadar, malam yang penuh dengan rahsia dari Allah Subhana Wa Ta’ala. Menjadi buruan bagi mereka yang menginginkan keampunan, keberkatan dan keredhaan dari Maha Pencipta, sekaligus melayakkan diri ke syurga-Nya.

Semoga Ramadhan ini menjadi lebih manis daripada Ramadhan sebelum! Ya, lebih manis dari sebelumnya!!

* Kita beribadah seolah-olah kita melihat Allah, jika tidak mampu maka hendaklah merasakan Allah melihat kita.

1 thought on “Semoga Lebih Manis Dari Sebelumnya…”

  1. SALAM. Alhamdulillah… Allah pnjgkan juga umur kita. wpun belum tau lg kita dpt hidup smpi akhr ramadhan thun ni. Sy berharap kita semua terus istiqomah dan snts taat kpd Allah dan RasulNya dan ulil amri wpun berat bg kita. Sy mnta maaf juga ats segala kekasaran spnjg pershbtn kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.