Semakin Tidak Mengerti Perjuangan

Aku semakin tidak mengerti perjuangn ini… tatkala hatiku di antara pasang surut perjuangan, fikrah mencari kebenaran membuatkan aku kebingungan. Apakah sebenarnya perjuangan? Mestikah ia dihiasi dengan kepahitan, mestikah ia dihamparkan dengan kesakitan?

Bukan ku tak sanggup menghadapi kesukaran, kerana pahit-pahit kopi tetap juga ku rindukan. Namun, ini membuatkan aku keliru di medan perjuangan ini. Mestilah penentangan dijadikan ukuran kekuatan, mestikah kelembuatan dijadikan ukuran kemalasan?

Aku semakin keliru, apakah ini perjuangan. Kadang-kadang aku tidak tahu untuk berkata apa lagi, hanyut bagaikan rumput ditiup angin bila bersama rakan-rakan. Tetapi bila aku sendirian membuatkan aku merenung kembali pendirian yang telah aku katakan.

Aku sebenarnya tidak sukakan penentangan, aku tidak suka kan demonstrasi jalanan, aku tidak suka mencari permusuhan, aku tidak sukakan kekerasan. Cukuplah apa yang dihidangkan, gunakan dengan baik dengan penuh perancangan. Tidak perlu mencari kesusahan jika ada peluang yang masih boleh dimanfaatkan, tidak perlu mencari keberatan tatkala masih ada keringanan, tidak perlu lakukan penentangan jika masih boleh gunakan perdamaian.

Sekali lagi aku tanyakan, apakah sebenarnya perjuangan? Apakah mesti begini ia dicorakkan?

Ingin sahaja aku katakan, aku tidak sukakan penentangan… tak berpihak kepada mana-mana pihak berkepentingan. aku harap fikrah ku jelas, biarlah al-Qur’an yang menentukan bukannya tafsiran mana-mana parti berteras beberapa kepentingan…

Mungkin aku tidak setia dengan perjuangan, tetapi sila jelaskan perjuangan manakah yang dimaksudkan?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.