Pameran Projek Pelajar & Pertandingan Rekacipta & Inovasi
Politeknik Kota Kinabalu
21 – 22 OKT 2010 – Politeknik Kota Kinabalu telah menjanjurkan Pameran Projek Pelajar & Pertandingan Rekacipta & Inovasi di perkarangan Student Plaza. Program tersebut berlangsung selama dua hari iaitu Khamis & Juma’at. Pameran tersebut diwakili oleh pelajar dari setiap jabatan.
Projek-projek yang menyertai pameran ini adalah hasil daripada pemilihan yang di lakukan oleh Jabatan masing-masing. Projek yang terpilih akan dibeli oleh pihak Politeknik KK. Pelbagai projek yang dapat disaksikan pada pameran kali ini dari kajian sehingga kepada rekaan.
Berikut merupakan sedikit gambar-gambar projek yang menarik dan sempat penulis muatkan sepanjang kunjungan. Selain itu ada banyak lagi projek seperti arm robot, nuget tempe dll.