Waktu menuntut di sekolah menengah dulu, aku study kelas 1 Kreatif. Bagi ku kelas itu bertuah kerana di dalamnya itulah aku mula mengenali alam pra-remaja. Dunianya memang indah belaka, aku ketemu dengan banyak kawan-kawan. Walaupun sebelum tu pernah terlintas tak nak sambung sekolah menengah, mana tak kawan-kawan asyik cerita di Sekolah menengah di banyak samseng, sikit-sikit bergaduh. (hehe… aku tak suka tu).
Tapi, bila dah masuk sekolah menengah ni aku rasa hepi. Best! Jumpa kawan-kawan, antara yang sangat dekat dengan ku ialah D.M.U. Datu Mohd Uzair Bin Datu Masdan. Dia kawan baik aku.
Kemudian setiap kali penilaian aku asyik gagal B.I, waktu tu kami lah generasi pertama PPSMI (pengajaran & pembelajaran sains & matematik dalam bahasa inggeris). Sedangkan aku ni lemah bahasa inggeris.
Aku sering kali gagal ujian B.I, kadang-kadang aku cemburu melihat kawan-kawan pandai speaking B.I.
“Macam mana dorang ni boleh speaking?”
Part yang paling aku suka time study B.I ni ialah short story, Mdm. Kong akan cerita dalam B.I dan translate dalam B.I, dengan gelagatnya yang menarik hati membuatkan kami terhibur. Suatu hari ketika ujian hampir tiba, aku berkata sendirian.
“Aku harap aku akan lulus B.I.”
Tiba-tiba Mdm Kong terdengar kata-kata ku.
“Berharap saja tidak cukup, kamu kena usaha!” Katanya.
Ya! Betul la tu, kena ada usaha. Pesannya itu membuatkan aku sedar, harapan tanpa usaha hanya mimpi belaka. Usaha itu tangga kejayaan, kejayaan itulah yang diharapkan. Dan kalau tak usaha, tak ada lah tangga kejayaan tu! (bleh naik lif! Haha…)
Teringat pula pepatah melayu…
“Jika tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya”
Kalau kita nak dapatkan sesuatu kenalah usaha terlebih dahulu. Manalah boleh dapat dulu baru usaha, kan? Allah dah hamparkan pelbagai nikmat di depan mata, tinggal diusahakan saja. Manakala harapan tu kita letakkan pada-Nya.
Pun begitu, usaha itu bukanlah penentu seratus peratus hasil di penghujungnya. Setiap yang dilakukan itu kita usahakan, biarlah Allah yang menentukan. Jika usaha yang tak setimpal dengan hasilnya, itu pastinya satu ujian. Pasti ada hikmahnya, tak begitu? Hehe… Makanya… mengharap pada yang Esa.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Hehe…
Oklah, yang penting itu usaha. Hasilnya harap pada Allah, banyak, sikit, kurang atau tak da langsung biarlah Allah tentukan. Kita sebagai insan perlu teruskan perjuangan. Ingat, “Setiap harapan itu perlu diusahakan untuk mencapai impian!” Allahuakbar!