Usaha Atas Iman

Teringat aku peristiwa tempoh hari, macan-macam masalah melanda. Waktu tu aku baru habis solat tarawih, makan cendol pula (ada orang sedekah. Hehehe…) Waktu itu ada doa orang sahabat sedang menemani aku di luar pejabat Pusat Islam, macam biasa kami bercerita tentang LI (Latihan Industri). Skopnya cuma iaitu ‘pengaruh’ dan ‘kenal dunia’!
“Tapi, lepas LI belum tentu lagi istiqamah dalam perjuangan ni.” Bisik ku.
“Itu memanglah. Macam-macam pengaruh di luar, siapa yang tahan dapatlah aktif balik dalam Pusat Islam ni. Nda apa nanti ko rasa juga macam mana!” Kata Fa’ad.
“Em, tempat LI pun aku belum cari lagi.”
Lepas tu, Sukuan menambah. Dia seorang sahabat dan merupakan seorang yang setia pada jemaah tabligh di Poli ni.
“Tapi, pendapat aku la kan. Masalah ni sikit ja, nda banyak pun. Yang punca sebenarnya ialah masalah iman.” Simple saja jawapannya, iaitu masalah yang sering melanda masa remaja terutamanya. Tutup cerita, mari kita cerita pasal iman. Alahai dunia!
Iman iatu apa ek?? Ialah tu ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tak begitu? Tanpa tiga syarat ni, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu saja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.Dan rukun iman bagi setiap muslim ada 6 perkara. iaitu :

  1. Beriman kepada Allah.
  2. Beriman kepada malaikat.
  3. Beriman kepada kitab.
  4. Beriman kepada nabi & rasul.
  5. Beriman kepada hari akhirat.
  6. Beriman kepada qada & qadar.
Jika kita rujuk kepada hadis Rasulullah Sallallahu’alaihi Wassalam. Bahawasanya iman di dalam hati kita ini akan berkarat. Di samping pendapat dari Ahli Sunnah Wal-Jama’ah mengatakan bahawa iman itu boleh berkurang dan bertambah. Di mana iman akan bertambah jika banyak melakukan kebaikan dan sebaliknya jika melakukan kemaksiatan.
Sewaktu habis azan di Sabah.fm berkumandang, ada sedikit bacaan hadis diuatarakan. Dan ia mengatakan bahawa cara untuk menanganinya iman daripada berkarat ialah dengan mengingati mati dan membaca Al-Qur’an.

Hadis riwayat Anas ra., ia berkata:
“Nabi saw. bersabda: Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.”
Ohya, pasal Usaha Atas Iman kan, aku pernah ikut ‘keluar’ sekali. Hehe… Tapi, lepas tu tak keluar dah ‘power’nya ujian tu. first time keluar ja, dah ‘kena’. Hahaha.. Korang nak tahu? Cubalah sendiri, ikut jemaah tabligh. Yalah, aku mengaku mungkin ada yang cakap kita jema’ah tabligh begini & begitulah! Tapi, aku yakin, jika matlamat kita sama janganlah nak katakan jemaah yang kita yang paling betul, K. Bukan aku nak promote jema’ah tabligh, tapi itulah hakikatnya. kita semua saudara seagama, bernaung di bawah ISLAM.
K.Itu sajalah yang mampu aku kongsikan, kalau nak diceritakan banyak lagi rasanya. Malangnya ilmu aku pun terbatas, ini saja yang mamu aku post. Perkongsian saudara amat diharapkan! (Macam nak keluar tiga hari pula rasanya. Hee… Maklumlah, dah lama tak keluar!)

1 thought on “Usaha Atas Iman”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.