Xiaomi Powerbank 5200 mAh

Xiaomi Powerbank 5200 mAh 1
#Selamat Berpuasa

Xiaomi Powerbank 5200 mAh

Alhamdulillah, akhirnya barang ditempah melalui kawan sampai pagi ini. Dibeli terus dari China. Xiaomi Powerbank berkualiti dari Xiaomi dengan kapasiti 5200 mAh. Tempoh jaminan ialah 6 bulan.
Selain murah, apa yang menarik dengan powerbank keluaran Xiaomi ini ialah dijual dengan terhad. Pengguna boleh mendapatkan pada harga serendah RM25/unit di http://www.mi.com/my/
Xiaomi turut menawarkan Powerbank 10400 mAh dengan ha rga RM36 sahaja. Harga ini lebih murah daripada pasaran dan jika anda membeli produk Xiaomi daripada pihak lain, pastinya anda akan dikenakan harga yang lebih tinggi!
Jualan hanya dibuka pada tarikh tertentu sahaja. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk daripada Xiaomi, boleh la like facebook mereka di www.facebook.com/XiaomiMalaysia untuk mendapatkan pengumuman dari masa ke semasa.
Kebiasaan barang akan habis dalam tempoh tidak sampai 5 minit! Oleh itu sebaik sahaja klik add to cart, terus checkout dan isikan maklumat seperti alamat anda dengan segera dan klik Place Order.
Setelah place order dibuat,  pembayaran online boleh dibuat melalui Debit Card ataupun paypal dalam tempoh 24 Jam.
Bagi yang berminat anda mestilah memiliki akaun di laman web Xiaomi dan dinasihatkan untuk login 30 minit lebih http://www.mi.com/my/  sebelum jualan dibuka pada 12 tengah hari pada tarikh yang ditetapkan! 🙂
P/s : Pelanggan dari Malaysia mestilah membuat belian sekurang-kurangnya RM70 (bagi semenanjung) dan RM80 bagi Sabah & Sarawak untuk melayakkan pelanggan mendapat penghantaran percuma dari China.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.