Pemotong Kayu Dan Sebilah Kapak ini dipetik daripada buku : Angguk Geleng, Muka Surat 160-161. Karya Ust. Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan
Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang sangat kuat dan rajin memohon untuk bekerja memotong kayu balak. Melihat susuk badannya yang sasa, ditambah dengan usianya yang masih muda dan keadaan kesihatannya yang baik, lelaki tersebut mendapat pekerjaan itu tanpa banyak halangan.
Dia dijanjikan gaji yang lumayan beserta insentif lain seperti kediaman khas pekerja di pinggir hutan. Dia berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh. Lelaki tersebut dibekalkan sebilah kapak dan majikannya menunjukkan kawasan yang dia perlu bekerja. Pada hari pertama sahaja dia berhasil memotong 18 batang pokok. Majikannya sungguh seronok lantas berkata kepadanya “Tahniah, bagus kerja kamu. Esok kamu teruskan memotong banyak lagi pokok di sebelah sana.”Si pemotong sangat gembira dan bersemangat untuk bekerja lebih tekun. Dia menghabiskan kebanyakkan masa di dalam hutan memotong pokok termasuk pada hujung minggu. Namun dari hari ke sehari, jumlah pokok yang dapat dipotongnya berkurangan, walaupun jumlah jam bekerjanya bertambah dan dia telah gigih berusaha. Akhirnya lelaki tersebut bertemu majikannya dan memita maaf kerana tidak dapat melakukan yang terbaik.
“Mesti saya dah tak kuat lagi untuk memotong kayu” kata pemotong kayu itu dengan wajah yang sugul.
“Kenapa kamu berkata begitu?”
“Sebab jumlah pokok yang saya mampu tebang dari sehari ke sehari semakin berkurang. saya telah berusaha bekerja lebih masa, keluar awal pagi dan pulang lewat petang tetapi jumal pokok yang mampu ditebang bukan sekadar bertambah, malah berkurang.”
“Bila kali terakhir kamu asah kapak kamu?” Kini giliran majikannnya pula bersuara.
“Asah? Maaf tuan, saya tak ada masa nak asah kapak saya. saya sangat sibuk memotong pokok.”
Pengajaran : Inilah realitI sebuah kehidupan. Sering kali alasan yang diberikan sebenarnya bukan alasan. Sering kali penyelesaian yang diberikan itu bukan penyelesaian hakiki. Seringkali juga masalah yang disangka masalah itu sebenarnya b ukan masalah utama. Nilailah sesuatu dengan mata hati.
hidup dengan alasan memang tak boleh kata apa-apa.
Hidup penuh beralasan memang takkan mampu mengubah hidup seseorang
Orang gagal mencari alasan, orang berjaya mencari jawapan pada setiap permasalahan. Salam perkenalan tuan tanah..