Bismillahirrahmanirrahim..
Berkat hari Jumaat ini kami melancarkan kempen sangat segera ‘Feed A Kid’, projek bantuan makanan untuk rakyat termiskin di Gaza.
Kalau tuan puan belum mendapat gaji untuk bulan ini, mereka sudah berbulan menunggu separuh gaji yang dijanjikan.
Kalau tuan puan masih ada sisa wang hujung bulan untuk keluar makan bersama keluarga, mereka berusaha mendapatkan tepung diuli menjadi roti dan dimakan begitu sahaja.
Kalau tuan puan masih ada kerja, mereka keluar selepas Subuh dan pulang lewat malam tanpa berjumpa kerja – sekadar mendapat berkat agar tidak dikatakan malas berusaha.
Keadaan rakyat terlalu menghimpit. Saya malu kerana hari-hari ada makanan di atas meja. Saya malu kerana tidur tanpa rasa duka. Saya malu kerana sebenarnya saya mampu membantu tetapi tidak yakin rezeki Allah akan dilipatganda kerana membantu yang kurang berupaya.
Sasaran awal kami 200 keluarga dengan nilai pek makanan RM100 setiap satu (tepung dan bahan makanan asas). Saya tidak akan memejamkan mata sehingga sasaran ini tercapai.
Semoga mata ini akan menjadi saksi bahawa saya telah berusaha. Sekarang di Gaza jam 1.46 pagi. Saya celik sejak 3 jam lepas merancang projek ini. Countdown bermula sekarang.
Sumbangan melalui akaun CIMB 7600809829 atas nama Umm Salamah binti Ahmad Shah, makluman/pertanyaan melalui emel [email protected], atau Whatsapp +60195004911.
Siapa akan memulakan? Yallah, mana umat yang peduli?
SHARE menjadi saksi. SHARE harta, dan SHARE berita, ke group whatsapp lain, fb, kawan yg berpotensi, seluasnya.
Muhammad Nadir Al-Nuri,
Shijaiyyah, Gaza.
From Gaza With Love
www.facebook.com/fromgazawiflove
Ramai masyarakat diluar sana yang masih tudak bernasib baik yang perlu kita tolong.
12 Tanda Tanda Usus Kotor Yang Perlu Anda Ketahui
mudahan projeki ‘Feed A Kid’, ini dapat membantu sandara kita disana dan mendapat keberkatannya…