Hakikat Gaza (26 Mac 2014)
Sekali lagi mesej palsu (gambar atas) berkenaan keadaan Gaza disebarkan secara meluas. Saya tidak kisah apabila umat menunjukkan peduli dan kepekaan yang tinggi terhadap perihal umat.
Yang saya sedih apabila berita tersebut perlu ‘sensasi’ sebelum berjaya mencuit hati umat untuk dikongsi. Perlu kepada tembok setinggi alam, ribuan kereta kebal yang mengepung, darah dan isi perut yang bertaburan di atas jalan dan kanak-kanak yang menangis di sisi bapa yang syahid.
Sedangkan hidup rakyat Gaza jauh lebih sengsara daripada itu. Bahkan terpacul daripada mulut mereka, biarkan Israel membantai kami kalau itu yang diperlukan untuk mencuri hati dan peduli umat.
Kerana kini siapa yang peduli terhadap anak-anak mereka yang mati tidak mendapat rawatan setelah 50 hari sempadan Rafah ditutup? Siapa yang peduli harga petrol daripada RM3 menjadi RM7 akibat terowong-terowong yang dimusnahkan pengkhianat setelah jatuhnya Mursi? Siapa yang peduli gaji mereka dipotong separuh, apakah cukup untuk menyara keluarga lima, enam beranak? Elektrik yang hidup segan mati selalu? Ribuan pelajar universiti yang terkandas pengajian di tahun akhir akibat tidak mampu membayar yuran? Aaah, mati lebih manis daripada hidup tidak bererti!
Kerana selagi darah belum menyimbah, selagi rumah belum musnah, selagi Israel tidak menghantar roket dan peluru menerjah, selagi itu umat akan berdiam diri.
Jumaat ini kami akan melancarkan projek pembiayaan markaz tahfiz dan Al-Quran. Tetapi sebelum itu, kami memohon sumbangan terlebih dahulu untuk beberapa keperluan yang lebih mendesak, tuntutan mereka yang berada di lapangan –
1. 6 unit UPS dan inverter (bateri yang digunakan untuk menggantikan ketiadaan elektrik) bernilai RM2000 sebuah.
2. Satu unit mesin fotokopi bernilai RM4500.
3. Bekalan petrol (500 liter x RM7 seliter) untuk menggerakkan operasi di markas polis Tuffah.
Jumlah diperlukan ialah RM20,000. Setiap sen bermakna.
Sumbangan melalui akaun CIMB 7600809829 atas nama Umm Salamah Shah, makluman melalui emel [email protected], atau Whatsapp +60195004911. Untuk pertanyaan pohon PM atas sebab-sebab tertentu.
* Gaza tidak dikelilingi tembok seperti di Tebing Barat. Gambar menunjukkan pagar besi yang mengelilingi seluruh Gaza, sepertiga atas gambar adalah kawasan Israel dan kalau diteliti beberapa jip Israel kelihatan. Kalau tembok tidak bergerak, tetapi jika rakyat Gaza mendekati pagar, mereka akan di’headshot’ di kepala. Cukup sensasi untuk disebarkan?
Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman,
Koordinator From Gaza With Love di Gaza,
Pelajar Tahun Dua Syariah, Universiti Islam Gaza.
baca ini juga —> Nakba : Kecelakaan Palestin 15 Mei 1948