“Nama?”
“Suhimi, suhimi bin nain.” aku menyambut tangannya. bertenaga. cukup untuk menggambarkan personality selama ini, dilontarkan salam berserta dengan senyuman. Dia merupakan seorang ahli motivasi, kerap menganjurkan kursus pembangunan insan untuk pelbagai organisasi. Sudah lama hendak berjumpa, akhirnya berpeluang untuk bertemu empat mata dalam bengkel penulisan kali ini.
“minat menulis?”
“Alhamdulillah, saya memang minat menulis.” Aku menarik kerusi seraya melabuhkan punggung. Dia menuangkan teh yang masih hangat ke dalam cawan seramik berwarna putih. angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan dia memulakan bicara.
“kenapa minat menulis?”
“Dengan menulis kita boleh berkongsi pelbagai cerita, minat, hobi dan pengalaman kita.”
“cukup sekadar itu?” Dia tersenyum.
Aku mengangguk.
“Tidak cukup dengan hanya berkongsi, kita perlu tahu apa yang sebenarnya kita ‘perlu kongsi’ bukan ‘mahu kongsi’.” tambahnya.
“Perlu kongsi?”
“Ya, perlu kongsi itu berbeza dengan mahu kongsi. Bukankah keperluan lebih utama dari kemahuan?”
“Betul juga.” Aku menghirup teh perlahan-lahan.
“Dan bila kita sebut tentang keperluan, kita perlu tahu tanggungjawab kita dalam penulisan.”
“Membawa manusia kepada tuhan?”
“Tepat sekali. Itulah yang amat penting untuk kita usahakan. Lebih-lebih lagi di zaman yang serba canggih ini, kadang-kadang kita tiada masa untuk bertemu untuk bercakap mengenai Tuhan. Maka penulisan ini adalah salah satu jalan yang perlu kita manfaatkan, jangan dibiarkan lompang. Kalau tidak orang lain ambil peluang.”
“Ada lagi?” Aku menfokuskan diri untuk mendengar lebih. Jarang boleh dapat peluang menimbah ilmu macam begini.
“Utama kualiti daripada kuantiti!” Riak wajahnya menekankan tentang apa yang diungkapkannya. “tiada guna rating blog tinggi, tapi isinya tiada kualiti. bahkan memjadi liabiti (dosa) kepada diri. biarkan kita tulis benda yang baik-baik sahaja. mungkin pembaca kita tidak seberapa, tapi Insya’Allah dengar kualiti yang ada pelahan-pelahan kita akan mengecapi kuantiti. Jangan kerana keghairahan mengejar kauntiti kita lupa kepada kualiti, sehingga mengabaikan prinsip Islam yang di ajarkan oleh nabi. kebenaran fakta, ketelusan hujah dan penulisan yang berhikmah yang berpaksikan prestasi bukan kontroversi!”
Sebagai blogger kita juga memegang amanah, setiap apa yang ada pada kita wajar dimanfaatkan untuk membawa manusia kepada jalan tuhan. Di samping memperbaiki diri kita agar terus belajar dan belajar dalam memperbaiki diri kita. Setiapa apa yang kita tulis, setiap apa yang kita kongsi. Semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Ta’ala walaupun sebesar zarah.
Tidak lama selepas itu, kedengaran fasilitator membuat pengumuman dari dalam bilik ceramah.
“Insya’Allah sebentar lagi kita akan meneruskan bengkel kita. Tajuk yang dibentangkan ialah Penulisan, Bukan Sekadar Hobi!.”
baca juga yang ini —-> anda ingin menulis?
menulis boleh mendatangkan wang secara sambilan.
dan semestinya ada manfaat. 🙂
tajuk yang membuat yeop sendiri tertanya-tanya akhirnya telah terjawab.
rasanya perlu edit balik entri ni sebab banyak sangat kod atau simbol membuat yeop dan pembaca sakit kepala.
sorry, bro. analogi banyak sgt. 😀 . nanti bg kurang sikit ye.