Alhamdulillah, jika sebelum ini domain percuma. kali ini pula saya akan kongsikan hosting percuma untuk anda.
sebelum saya berkongsikannya dalam entry ini, saya terlebih dahulu telah mencuba service yang disediakan oleh service provider ini.
Alhamdulillah, dengan menggabungkan domain percuma dan juga hosting percuma ini saya telah berjaya membina satu blog/laman web menggunakan platform wordpress. kunjungi ikhwan.my untuk melihat sendiri laman web percuma saya.
Untuk pengetahuan para pengunjung saya mendapatkan hosting percuma ini Hostinger.my. Ianya dimiliki oleh Hostinger Group. Ditubuhkan ialah untuk menyediakan perkhidmatan web yang mudah, berbaloi, dan berguna yang membantu orang dalam menggunakan kepesatan Internet. Ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai pemilikan tunggal dan mula menempatkan cawangan mereka di Malaysia pada tahun 2012.
Kelebihan hostinger.my
Selain daripada 2GB storan percuma dan 100GB bandwith/bulan hostinger turut menyokong PHP, SQL dan autoInstaller yang dilengkapi dengan 50 webscript percuma termasuk Joomla! dan wordpress versi terbaru. dan yang paling best ialah tiada iklan! 🙂
Antara soalan yang kerap ditanya kepada Hostinger Group
1. Mengapa semua PERCUMA? Bagaimana anda mendapatkan wang?
Sebab utama mengapa kami menawarkan perkhidmatan ini secara percuma adalah untuk meningkatkan populariti dan mendapatkan pengakuan jenama kami Hostinger®. Dan tentu, setiap aktiviti promosi dan strategi pemasaran memerlukan kos atau belanjawan. Namun, kami mampu menutup semua kos tersebut dengan menawarkan upgrade ke hosting berbayar bagi mereka yang memerlukan kapasiti yang lebih besar. Selain itu, perkhidmatan percuma kami juga disokong oleh derma pengguna yang kami terima setiap harinya.
2. Berapa lama perkhidmatan hosting anda tetap percuma?
Selamanya! Kami tidak bercadang untuk menutup perkhidmatan ini. Kami juga tidak akan pernah memasang iklan di laman web anda atau mengenakan bayaran kepada anda.
3. Apakah anda menyokong PHP dan MySQL?
Ya, kami menyokong sepenuhnya PHP dan MySQL.
4. Berapa banyak domain yang boleh saya gunakan?
Perkhidmatan kami adalah unik – kami membenarkan pengguna untuk mempunyai akaun dan domain sebanyak yang mereka perlukan, tanpa had.
5. Bagaimana cara menghubungkan domain saya ke server anda?
Untuk menghubungkan domain anda ke server kami (point domain), sila login pada laman web registrar/pendaftar domain anda (tempat anda membeli/mendaftarkan domain) dan ubah nameserver ke nameserver kami.
Ini adalah proses yang umum pada semua pendaftar domain. Namun jika anda masih mengalami kesulitan, sila hubungi kami.
Jadi tunggu apa lagi? daftarlah sekarang! 🙂
x boleh buka link