Cara Beli Barang Di Lazada Malaysia

Kali ni aku akan menulis Cara Beli Barang Di Lazada. Ini ialah pengalaman kali pertama aku membeli barang di Lazada. Inipun disebabkan ada offer murah. Kalau tak ada keperluan, memang aku scroll dan tengok-tengok barang saja. Tak da nak beli punya. Hehe…

Serba Sedikit Tentang Lazada

Bagi yang belum tahu bagaimana Lazada berkerja, di sini aku nak cerita bahawa ialah satu web jualan atau platform yang menghimpunkan pelbagai produk samada dalam mahupun luar negara. Di dalam laman web jualan ini, ada yang produk dijual oleh pihak Lazada sendiri dan juga thirt party, dengan kata lain seller/vendor yang berdaftar dengan mereka.

Jadi, tidak hairanlah ada kes yang ditipu di Lazada. Seperti barang tak ikut specification ataupun barang tak cukup sifat. Maklum saja, di dalamnya ada ramai orang yang menjual bukan Lazada sahaja. Kalau silap langkah boleh rugi jadinya.

Sebelum Beli Barang di Lazada…

1. BACA REVIEW

Baca review Pembeli sebelum anda membeli sesuatu barang, sama ada memuaskan atau tidak. Berapa rating yang pembeli berikan. Semakin banyak rating sesuatu barang semakin bagus lah kualiti/servis yang ditawarkan.

2. DAPATKAN MAKLUMAT SELLER/VENDOR

Sekiranya barang yang hendak dibeli dijual oleh 3rd Party. Google nama seller untuk membaca mengetahui reputasi mereka. Adakah mereka kedai ataupun sekadar pengedar, ataupun mungkin orang perseorangan/dropshipper. Sekiranya maklumat yang diperolehi adalah jelas barulah buat pembeli.

3. SEMAK WARRANTY PRODUK

Pastikan sama ada produk yang anda beli memiliki warranty atau tidak. Sekiranya ya, pastikan berapa lama tempoh warranty dan siapa  warranty kedai (Local Supplier Warranty) ataupun warranty dari pengilang/pengedar (Local Manufacturer Warranty). Ini membolehkan anda membuat tuntutan sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada barang berkenaan.

Cara Beli Barang di Lazada

Langkah 1 : Cari barang yang anda hendak beli kemudian klik “ADD TO CART”

cara beli barang di lazada

Langkah 2 : Klik “CHECK OUT”

cara beli barang di lazada 2

Langkah 3 : Lengkap Shipping Address dan Klik “CONTINUE”

cara beli barang di lazada shipping

Langkah 4 : Pilih Kaedah Pembayaran atau Paymen Option yang anda rasa sesuai. Macam aku, aku pilih Online Banking, select Bank seterusnya klik “PLACE YOUR ORDER”. Sekiranya ada kupon diskaun boleh isikan pada ruangan seperti dalam gambar di bawah.

lazada payment and coupon

Langkah 5 : Buat Pembayaran dengan klik butang “MAKE PAYMENT”. Setelah muncul popup Online banking anda, boleh la buat transaksi pembayaran seperti biasa.

lazada payment by online banking

Langkah 6 : Pembayaran berjaya! Kalau anda perasan di ruang bawah sekali, ada ruangan untuk claim point sekiranya anda adalah pemegang BCARD ataupun BIGPOINT AirAsia.

lazada BCARD and AirAsia BIGPOINTLangkah 7 : Lazada akan menghantar E-mail  seperti di bawah. Dalam email tu ada maklumat pembelian produk. Kalau nak semak status, senang saja. Klik ORDER STATUS.

cara-beli-barang-di-lazada-7

 

Contoh tracking order di laman web lazada.

cara-beli-barang-di-lazada-8

Review Pembelian Barang

Alhamdulillah, bagi aku pembelian barang di Lazada ni amat memudahkan. Tidak perlu beratur, bahkan lebih mudah untuk pengguna, sama untuk semak maklumat barang, kualiti barang mahupun maklumat seller.

baca juga : 4 Cara Dapatkan Voucher Diskaun Lazada

Dari segi proses pembelian juga Lazada merupakan laman web jualan yang amat mesra pengguna. Sokongan untuk pembayaran yang pelbagai dan maklumat untuk segala transaksi sehingga penghantaran adalah direkod di dalam sistem.

Manakala, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan kekeliruan pembeli juga boleh menghubungi dan mendapatkan maklumat dengan mudah dari laman web mereka. Cuma satu sahaja aku kurang selesa, panduan bahasa Melayu memang tak ada kah?

p/s : Alhamdulillah, barang dah selamat sampai petang tadi! 🙂

terima-penghantaran-lazada

Akhir sekali, diharap panduan yang aku kongsikan ini dapat membantu mereka yang mungkin belum/jarang-jarang membuat pembelian secara online. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, bolehlah tinggalkan di ruangan komen. Insya’Allah aku cuba bantu mana yang mampu.

Lazada MalaysiaCara Beli Barang Di Lazada Malaysia 1

 

114 thoughts on “Cara Beli Barang Di Lazada Malaysia”

  1. saya suka lazada sebab dia guna gdex untuk hantar barang. Gdex ni bila alamat kita di daerah kecil, dia tak akan singgahkan barang ke center sesebuah ibu neger, dia akan hantar terus..cepat dan pantas.

  2. Banyak kali dah beli barang Lazada. Setakat ni semua barang on time. Kualiti seperti dijanjikan. Cuma Lazada ni waktu pos dia boleh sehingga seminggu berbanding seller di Lelong hanya dalam 1-3 hari

  3. hari2 hantar email.. macam2 promosi suruh beli… belum ada budget memang takkan beli..tapi bila dah ada terlupa pulak… (buat2 lupa)…

  4. Pingback: 4 Cara Dapatkan Voucher Diskaun Lazada | Suhimi Nain

    1. Wa’alaikumussalam, Cash deposit tak boleh tuan. mungkin boleh dapatkan online banking macam maybank2u dan cimbclick atau boleh COD jika produk yang tuan nak available untuk COD. 🙂

  5. nak tanya?klo tertibe dye tulis bayaran blik sedang diprose kenapa yer?padahal sebelum ni dye proses elok je..boleh explain tak kenapa?

  6. Salam..reply asap ye,
    Mcm mna nak buat pmbyrn kalau bank kita xda dlm senarai lazada tu?sila bantu..saya hanya ada bank rakyat sahaja.tq

  7. As slm En. Suhaimi…saya ada soalan, warranty card tu perlu dipost ke contohnya saya beli oven. Delivery sampai hari-6 dah pun, Friday…ikutkan statement pd card tu kena deliver warranty card dlm masa 7 hari ke supplier manufacturer memg xsempat…invoice lazada cukup utk claim warranty ke? Perlu ke hantar warranty card tu?

  8. Assalamualaikum . saya ada nak order item di lazada tapi sedang keliru saiz yg diberikan. bantu saya, macamana nak order item tu supaya saya tak tersilap beli saiz..

  9. Kenapa waktu nak buat payment guna maybank kena login sy tak boleh login tiba2 dia tulis usernama/password wrong … sdgkan sy mmg ade akaun mayabank2u …. ade jawapan tak ? sy baru nak beli barang sendiri … sebelum ni suruh orang lain heheee

  10. kat mana nak klik banking online tu.. yg ada paypall, hellopay, card credit, 7e, cod dan maybank installment.. harap dapat membantu.. tq

  11. kenapa saya nak beli item hanya satu barang , tetapi setiap barang bila nak buat pembelian dia buat jumlah beli 3 barang..

  12. Saya nak beli scooter scomadi 125 cc di Malaysia. Bagaimana cara mengirim ke Purwokerto Jawa Tengah Indonesia. Dab berapa ringit harga dan ongkos kirim nya terima kasih bambang K

  13. tapi abang buat gmail macam mana???pastu boleh hantar trus ?? umur saya 19 tahun masih perlu ditunjuk ajar…..

  14. Nak tanya saya beli di lazada mengunakan molpay cash,dah bayar pon email pon x dpt tapi bila nk cek order status x bleh invalid order nombor tapi saya byr sebelum tarikh tamat tempoh.mcm mne nk buat?

      1. assalmualaikum, how if takde online banking and nak transfer duit terus je dari atm ? nak kena pilih cara yg mana eh ?

  15. Saya baru je beli parfum kat lazada..first time ni..dalam tax inv can get 26-31 may 2017 . Bayar dekat 7eleven …risau gak la…sebab banyak komen2 negative kat google. harap2 barang sampai la.

  16. Cimb click tu same tak dgn akaun bank cimb yg kite slalu gune nk bank in duit dgn pnjual lain bile nk beli barang ??

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.